Hari ini pendaftaran pelajar baru bagi sesi Julai 2010. Dan besok serta hari seterusnya akan bermula lah Minggu Suai Kenal (MSK) untuk Kolej Komunti Tawau. Kali ini, aku hanya tidak bertugas pada hari pendaftaran malahan jugak untuk MSK. Biasanya, aku tidak akan terlibat dengan MSK ni. Hanya hadir untuk penutup sahaja. Tapi kali ini, for the first time kena bagi sedikit taklimat mengenai Biasiswa dan juga Pinjaman.
Slide untuk taklimat semua sudah aku sediakan. Apa yang agak membimbangkan aku ialah bagaimanakah untuk aku menjawab persoalan daripada pelajar-pelajar yang mengambil Sijil Modular Kebangsaan (SMK). Untuk yang sepenuh masa, InsyaAllah tak kan ada masalah yang timbul kerana prosedur nya akan dijalankan seperti biasa seperti semester-semester lepas. Tetapi untuk SMK, ini adalah kali pertama selepas Kolej Komuniti melaksanakan transformasi.
Apa yang membimbangkan aku, tak perlu la aku nyatakan di sini. Cuma, bagaimanakah aku akan menjawab soalan cepu emas yang akan bakal aku terima daripada pelajar-pelajar dari SMK ni nanti. Bagaimanakah aku boleh membantu mereka? Ya Allah, permudahkan lah urusan ku untuk taklimat esk hari. AMINN..
Post a Comment