01 July 2010

modem broadband ku

salam...

teringat 2 tahun yang lalu. zaman modem broadband tengah mahal giler. sapa sapa yang amik modem 'free' dengan celcom or any other telco, mesti kenak contract a year atleast. aku adalah orang yang terawal makey benda alah tok. (mode perasan syok sendiri lagi).. atleast antara yang terawal di tempat kerja ku lah. bila blackout, server of coz akan off juak. tapi aku still bole online kerana aku ada modem broadbandku. aku sik amik or sik beli modem ku dengan celcom (tawau hanya ada celcom 3G okay) sebab ne lah tauk ku bertukar tempat sewa umah nak, n the new house sikda line 3G, apa lah jadi kelak? bayar kosong camya ajak la jadi nya. RUGI. nak tamatkan contract, aku gik yang akan kenak penalty. untuk keselamatan diri dari membayar penalti, so, aku surf kat lelong.com dan jumpa modem brand blue cube dengan harga yang much much cheaper dari harga pasaran. ouh! i won bidding occay. first time main bidding.. hehehe...




ngam ngam 2 tahun makey modem blue cube, modem ku yang berjasa akhirnya pergi juak meninggalkan diriku. 2 tahun bekerja hampir siang dan malam dengan aku. dirinya terpaksa aku gantikan dengan modem baru yang bernama atau berbrandkan global wireless. juga aku beli dari lelong.com. speed nya 14.4mbps. double daripada blue cube ku. harga jauh lebih murah dari blue cube. almaklum lah, time blue cube, modem broadband tengah hangat di pasaran. performance modem baru ku ini agak baik. pujian ini hanya valid jika digunakan diluar kawasan umah sewa ku ini. bukan salah modem ku pun. salah kan telco yang aku guna. hampeh jer line telco tu. saja sik mok nulis line telco nak ne satu. (padahal nak ditulis kat atas nun apa?).. haha..



oh! modem tok juak telah di suggest oleh seorang kawan. makseh oi. bila ku test makey modem baru tok, laju juak la nak play video di youtube. bahagia juak rasa ati. tapi perlu di ingatkan bukan di area umah sewa ku occay!!.. udah la crita BFF ku tok.


eh, tunggu lok. kenak aku sik makey streamyx? haaa.... aku sik mok makey streamyx sebab nya:
  1. streamyx perlu ada tpon umah. di mana perlu bayar bil tpon umah ngan bil streamyx di mana masa ya streamyx belom lagi molah pakej combo ya.

  2. aku slalu outstation. so, senang nak online di cne cne with my broadband around me.

  3. lokek!

hmm.. lagikpun, pakej yang aku pakey kinektok sebenar nya combo streamyx ngan celcom (wuppsss..sebut juak tek..) .. kira murah juak lah... sebulan RM108. sapa sapa amik after promotion, tiap bulan nya kenak bayar RM138. dah jimat RM30 setiap bulan selama 2 tahun. streamyx d kuching nun (berkhidmat untuk keluarga bah) dan broadband di mana mana sahaja Jai Ryn Nie berada.


itu sahaja cerita kali ini, sekian terima kasih... ;)


ladysarawak@blogspot.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search