18 October 2010

pindah umah

Salam..

Im officially dah pindah umah 1hb ya tek. Kenak pindah umah? Bukan sebab aku gaduh ngan orang umah aku dolok kay. Just I need new environment yang sedikit sebanyak membantu aku untuk menjalani hidup di tempat orang.


My new housemates semua nya perempuan of coz. Hehe.. And kami suma nya adalah officemate. Housemate aku dulu pun officemate aku jugak. Kami berempat. 2 dari Semenanjung, Sorang local dan aku dari Sarawak. Kiranya, ahli dalam umah ini menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan konsep 1 Malaysia walau dimana sahaja kita berada. Yerdehh..


Ada 3 bijik kereta iaitu, 2 buah Myvi dan of coz la Miss Viva ku. Ketiga-tiga kereta bole parking dengan mudah nya di carporch umah. Ini bermaksud, carporch umah ini besar. Walaupun sekarang sudah ada 3 bijik kereta, namun, masih ada ruang kosong lagi untuk sebuah kereta. Ada yang nak tumpang parking ke? ;)


Perjalanan dari umah baru ke ofis mengambil masa lebih kurang jugak dari umah lama. Cuma umah la menuju ke jalan besar hanya mengambil masa satu minit. Untuk umah sekarang pulak, perlu tambah satu minit lagi ke jalan besar. Dan jugak penambahan lebih kurang satu atau dua minit untuk mengunci dari pintu hingga ke pagar umah. Banyak mangga daa....


Umah ini jugak 2 tingkat. Keluasan bilik sekarang lebih kecil dari bilik aku yang sebelum ini. Terbukti dengan kesempitan atau kesendatan barang-barang aku di dalam bilik. Oh! Memang barang aku banyak. Aku pengumpul baju yang baik. Itu pun, ada jugak barang-barang aku yang dah aku jual. Kalau tidak, makin sempit la bilik aku.


Jumlah keseluruhan televisyen di umah ini ada 5 bijik. 3 bijik dari tuan umah. 2 bijik lagi dari aku dan juga kawan aku. Sebuah tv berjenama Panasonic bersize 29 inci berada di ruang tamu, sebuah tv size 21 inci di dapur (tidak pulak dikenal pasti samada tv tersebut masih elok ke tidak) dan size 14 inci berada di bilik master. Tv kawan aku berjenama Sharp bersize 21 inci sedang berkhidmat di bilik kawan ku dengan jaya nya. Dan tv yang berkhidmat dibilik aku ialah berjenama Samsung size 32 inci. Aok, Tv LCD. Dan juak ada Astro. Aku dan kawan aku tidak dapat membatalkan subcription masing-masing kerana belum cukup 2 tahun. Dan kerana itulah, tv dalam bilit aku masih eksyen bergaya sebab ada astro..Hehehe.. Astro kawan aku di bawah kerana channel yang dia subscribe lagi banyak channel nya dari apa yang aku subscribe.


Ada dua peti sejuk. Satu tuan umah, satu lagi kawan aku punya. Yang aku pelik, isi di kedua-dua peti sejuk full. Apa ntah isi dalam peti sejuk tu pun aku tak tau. Hehehe.. Banyak makanan kami. Coklet dari Labuan pun dah conquer satu peti sejuk. Belum lagi makanan yang lain.


Hanya ada satu washing machine. Yang ada sekarang washing machine tuan umah. My washing machine aku dah jual dengan kawan umah lama. Biar lah. Penuh-penuh kat umah sekarang buat apa jugak kan.


Masak? Ada rajin sikit dari umah lama. Tapi tak tau la bertahan sampai bila. Setakat ini saya dan yang lain-lain masih lagi rajin masak. Bole la kata rajin sikit dari kami umah lama dulu. Kalau tak, memanjang je kami kuar. Padahal setakat panaskan lauk. Bole kira masak ka tu? Wahahaha...


Satu je aku tak berkenan dengan umah ni. Backyard umah ni banyak sangat pokok. Agak menggerunkan bagi aku. Aku fobia umah banyak pokok ni. Tapi, tawakal kepada Nya. Sebaik nya mohon perlindungan dari Nya. Tapi kalau dapat, aku simenkan belakang umah ni. Supaya lagi luas. Luas nya belakang umah ni bole buat badminton court. Lebih kurang lah.. Hehehe..


Dan, aku tidak suka jiran yang parking kereta sehingga mengganggu kawasan umah orang lain. 3 buah umah yang dah aku sewa(termasuk yang sekarang), ketiga-tiga jiran ku suka memarkingkan kereta extra mereka ditepi jalan di mana kawasan yang mereka parking kan kereta itu, adalah kawasan umah aku atau kami. Sungguh menyemak rasanya setiap kali nak keluar dan masuk. Aku pernah sound jiran aku. Jiran aku yang pertama dulu la. Sebabnya, aku memang dah tak tahan. Sungguh blocking. Nak keluar masuk pun susah. Akhirnya, setelah aku berterus terang, jiran itu pun mengalihkan kereta nya ke tempat asal sebelum ini. Bole pun kan? Haiyah!! Yang terbaru ini pulak, aku tak berani nak tegur sebab nya, tak sampai satu bulan pun aku kat umah ni dah sibuk-sibuk nak sound orang. Sebab lain, jiran tu nampak garang dan ada rumours mengatakan empunya kereta yang parking di kawasan umah kami tu tak berapa ngam atau cun atau centre. Aku takut kalau nanti dia tak puas ati lalu dia bertindak di luar kawalan nya. Apa-apa jak yang bole berlaku kan? Jadi diam jak lah.


Cukuplah itu cerita umah baru. Ada yang tanya bila nak buat house warming. Nak buat ke tak ya? Bukan kami ni pandai masak pun. Panaskan lauk bole lah. Hehehe... Kalau lah nak jemput orang bole hidang Maggi or Sardin or Burger takpa jugak. Ini kena masak. Adoi.. Jadi, nak buat ke tak ya.. Kami pikir-pikirkan dulu lah.... ;D


ladysarawak@blogspot.com
Faizal n Fashitah said...

Haihh kitak dikch tok ka? kitak bukan urg kch ka? kompius ndah mek tok..

mamat said...

ada jugak katering kan... boleh la tu buat house warming. wakaka...

Rynnielofar said...

FnF: Kamek orang kuching keja di sabah...hehe...

mamat: kalau panggil katering, baik ajak korang duduk kat kedai makan..sama jugak tu..

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search