04 August 2010

denda

Salam..

This is my favourite denda kepada pelajar saya. Memang pantang bagi saya kalau pelajar tidak membawa kalkulator mereka. Denda ini telah saya amalkan selama 3 tahun sejak saya mengajar di sini. Dan setiap semester pasti akan ada pelajar yang akan menghabiskan ink pen dan beberapa keping kertas mereka untuk menulis denda mereka. Tidak lupa tenaga yang mereka curahkan untuk menulis. ;)


Denda ini pula bergantung kepada minggu mereka membuat kesalahan. Contohnya, untuk minggu ini, dendaan adalah sebanyak 200 kali. Jadi, sesiapa pelajar yang lupa atau tidak membawa kalkulator akan dikenakan menulis " SAYA MESTI BAWA KALKULATOR" sebanyak 200 kali. Untuk minggu hadapan pula, dendaan adalah sebanyak 400 kali. Berdarah la tangan pelajar yang tidak membawa kalkulator. Maksimum adalah sebanyak 1000 kali. Pernah pelajar saya terkena minggu yang salah. Nak tak nak terpaksa lah dia menulis ayat keramat tu sebanyak 1000 kali.


Relevan nya dendaan ini ialah kesemua pelajar saya boleh mengikuti apa yang saya tengah ajar dengan mudah kerana tidak perlu meminjam dan juga bagi pinjam kepada kawan yang lain. Semua nya boleh fokus dengan penerangan yang diberikan. OH! Subjek saya memang banyak kira-kira. So, no calculator, no need to come to my class.



Yang ini baru 200 kali


Denda yang old fashion. Tapi bagi saya still relevan untuk digunakan. Im not asking them to do something they cant do. Tak nak menulis banyak, then bring your calculator, okeh? ;)


p/s: mereka kena hantar on the same day kesalahan di buat. sesapa yang tak hantar, ada yang lain menunggu. WATCHAA!!..


ladysarawak@blogspot.com
Vivian said...

hahaha..ngeri la.sanggup mek kenak rotan dari nulis 1000 kali koh..haha

Rynnielofar said...

heheheh.. kmk sik berani nak merotan orang...

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search