22 April 2010

aku di marah?

salam..

lamak dah sku sik bercerita pasal student aku nak? selalu mun aku cerita hal student mesti aku yang marah dengan sidak nya. tapi kali tok special sikit sidak nya marah aku. kenak student marah dengan aku? why? why? why? n aku sik rasa pun sikda kurang ajar dengan aku.

pa cer? cer nya berkaitan dengan keja yang kamek orang seopis mate tengah membizikan dirik. keja tok tiap tahun untuk setiap IPT kecualii UiTM. 2 kali setahun. apa ya? jeng jeng jeng... KONVOKESYEN ...

so kenak pasal konvokesyen student bole marah aku? here the story begins.....

saya telah dilantik sebagai ketua untuk jawatankuasa penyambut tetamu. untuk jawatankuasa ini, salah satu tugasan yang ada ialah menyediakan beberapa orang sebagai dulang girl (tukang ngulur sijil). tugas ini pernah juga saya sandang pada tahun lepas. tahun lepas saya menggunakan khidmat 3 orang pelajar sebagai dulang girl. untuk pengetahuan anda semua, tahun lepas saya hanya mengikut tradisi dari tahun sebelum sebelumnya untuk menggunakan khidmat pelajar sebagai dulang girl ni.

dan seperti biasa tahun ini saya pun menggunakan khidmat pelajar juga sebagai dulang girl. 3 orang telah dipilih berdasarkan disiplin dan komitmen mereka. dan mereka bertiga awal awal telah saya bagi briefing. mereka perlu sediakan baju tradisional (i prefer them to wear baju kurung) kasut bertutup dan juga blazer. sebab awal awal kami di minta untuk sediakan blazer kerana jemputan kami ialah TYT. so, mereka bertiga ni pun perlu lah juga menyediakan blazer. untuk dulang girl ini memang saya pilih awal kerana mereka perlu menyediakan perkara perkara yang telah saya sebutkan di atas tadi. kalau dibagitau last minute, menyusahkan mereka la pulak.


dan 2 minggu yang lagu, setiap jawatankuasa dikehendaki menyediakan laporan terkini berkenaan dengan jawatankuasa masing masing. dan telah dicadangkan kepada saya supaya dulang girl untuk konvokesyen kali ini, kalau boleh menggunakan khidmat staf kolej sendiri. sebab yang pertama, tetamu jemputan ialah TYT. sebab yang kedua, kami staf perempuan mempunyai baju yang seragam, dan yang ketiga ialah ramai dah staf perempuan kat kolej. jadi saya pun bersetujulah.


maka, dulang girl tahun ini di wakili oleh staf wanita kolej yang comel comel. dan saya pun menghantar message kepada ketiga tiga orang pelajar tadi bahawa dulang girl telah di ambil oleh staf wanita kolej atas arahan pihak atasan. saya menghantar message dengan perasaan serba salah kerana saya rasa sudah pasti mereka mencari blazer hitam. dan pada masa yang sama saya baru tau dan sekaligus teringat bahawa baju kurung tidak boleh dipakai serentak dgn blazer. hilang kerasmian baju kurung. daripada 3 orang pelajar saya tu, seorang je yang membalas message saya. saya faham kalu diorang marah.


besok nya seorang pelajar (saya namakan dia sebagai S) datang bertanya kepada saya untuk kepastian. nampak jugak la perubahan pada air muka pelajar saya ini. nasib dia menerima alasan yang saya bagi. dan hari ini saya mendengar dari student S, mengatakan bahawa student yang seorang lagi tu marah betol dengan saya. hmmm.. apa la saya bole buat pun. mampu minta maaf je lah. tapi kos yang dia tanggung buat saya terasa la jugak. kalau baju kurung bole la dia pakai untuk raya. tapi blazer?


to whom it may concern, im sorry coz saya pun hanyalah yang menurut perintah sahaja. kekadang perkara sebegini membuatkan kita bekerja seperti paku dan tukul.





ladysarawak@blogspot.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search