08 February 2012

entry suka suki sahaja

Salam...

Lunch time. Aku malas nak kuar. Si Dia tengah berehat. Ngantok la tu kot. Kalo tak, ada je Dia kat 'situ'. Hmm.. aku pulak rasa bosan mengadap borang yang tak reti nak bertukar jadi makanan yang sedap. Cuba la sekali sekala jadi nasi berlaukan ikan yang sedap. Okay lah jugak kan. Ini tidak, gitu je la rupa nye. Mana aku tak bosan! :D .. Kalo tak pun, jadi duit kertas ke kan.. Okay jugak.. :D ..


Siapa Dia? Hehehe.. Dia lah tapi bukan Ia.. Hahahaha... Sehingga sampai masa nya nanti, dan kalo memang dia jodoh aku, Insya Allah akan di bagitau sapa insan bernama Dia ni. :D .. Setakat berkawan ni, takda benda yang nak dikongsikan. Yang penting Dia bukan lah my ex 1, ex 2 dan ex 3. Dont worry kepada wife wife ex aku. Suami kamu tu hanya kawan aku. Kalo kamu nak jadi kawan aku pun aku tak kisah. Janji ikhlas. Tak payah nak skodeng la. Tak guna bermusuh. Sebab JODOH bukan kita yang tentukan. Biarpun apa yang pernah berlaku, anggap la masa tu kita belom berfikiran matang lagi. Belom cukup rasional nak handle masalah dengan cara baik. Setakat ini, alhamdulillah prinsip aku untuk berkawan dengan ex 1,  ex 2 dan ex 3  dapat aku aplikasikan dengan jaya nya.


Hmmm.... kawan call ajak lunch. Still jugak malas nak kaur. Diet je la kan... Bole kurang kurang kan sikit lemak kat badan ni. Entah bila nak kembali ke zaman size awal awal masuk U dulu. Comel je size masa tu. Sekarang ni pun comel gak. Cuma comel kuasa dua la. Hehehehe...  Seriously, entry ni hanya untuk mengisi masa lapang di tengah hari dan jugak menghilangkan muntah dan muak tengok borang budak budak ni. Okaylah. Solat dulu.. :D


Psstttt: Hmmm.. Awak, dating jom...hahahahahaha.....



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search