1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.
2. SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.
4. ANAK-ANAK LELAKINYA....
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.
Post a Comment