23 May 2010

chenta hati

salam..

chenta hati. sapa chenta hati ku? selain dari Yang Maha Esa, Kekasih Allah, keluarga ku, dan yang seterusnya tentulah seseorang yang bole membimbing aku ke arah yang betul. dan juga tentula seseorang itu punya perasaan sayang terhadap diriku.

jadi sudah kah aku ketemu chenta hati ku? jawapan nya sudah dan pernah. kenapa pernah? kerana bukan masih. faham? sik faham? sik faham udah lah.. hehehe.. kenapa pernah? dan kenapa tidak masih? kerana tiada jodoh kami setakat ini. tidak tau la pulak crita di masa hadapan apakah yang akan berlaku. setakat ini, jawapan nya tidak lah. salah siapa? salah aku dan jugak dia. sama sama kami bersalah. terlalu baik dan juga terlampau mengambil kesempatan. begitu la jadi nya. jika anda menginginkan lelaki seperti ADAM dalam adaMaya series, aku dah pernah jumpa. dah pernah memiliki. apabila tidak menghargai orang sekeliling maka, kechiwa la yang akan berlaku. apabila kita tau orang terlalu baik, maka amik kesempatan secara terlampau la yang akan berlaku. itu secara genaral nya lah. kenapa hubungan 10 tahun ini tidak berjaya adalah kerana.. banyak sebab nya. tidak pulak aku ingin huraikan di sini. cukupla dengan 2 sebab yang di atas. ini pun tetiba je aku rajin nak berkongsi 1% crita chenta hati ku.. ;)

so, sekarang adakah dia masih chenta hatiku? itu aku tidak pasti. masih jugak mencari walaupun tidak serancak dulu. tapi bagi aku, itu adalah perkara normal yang perlu aku lalui. 10 tahun bersama tak kan lah bole di hilangkan begitu sahaja dalam masa beberapa bulan. bukan pulak tidak mau menerima chenta hati yang lain. bagi aku, biar jujur dalam sesebuah hubungan. kesian kepada orang baru. biar bermula dengan sesuatu yang jujur untuk mengekalkan sesebuah hubungan supaya tiada ungkitan pada suatu hari kelak.

buat masa sekarang, aku rasa bebas untuk berkawan dengan sesapa sahaja tanpa ada orang cemburu, tanpa perlu menjaga hati sesapa. tapi sampai bila? insya Allah. sedikit demi sedikit. aku tidak pulak membiarkan hati ini melayan kisah silam. hati dan perasaan ini perlu juga di ajar pandang ke hadapan. kalu tidak, memang akan sentiasa kebelakang sahaja nanti.

aku tidak pulak kisah umur aku yang semakin meningkat. yang penting, memilih untuk memudahkan masa depan diri sendiri. tak memilih maksud nya menyusahkan diri sendiri, orang lain hanya mampu mendengar dan melihat. selebih nya tanggung sendiri. dulu lain, sekarang lain. apa yang aku cari tidak sama seperti dahulu. sengaja menukar terms yang ada kerana peredaran masa.. hehehe..

mak, iboh bingong, insya Allah sampey juak jodoh anak kitak yang comel tok. hehe.. dengan sapa? aku sendiri pun blom tau. kerana yang ada sekarang suma hanya ku anggap kawan. tak lebih dan tak kurang. sampey masa nya akan bertukar juak title MISS to MADAM.. mgkin sik lamak lepas ya terus jadi ibu? hehe.. or ummi? hehe.. or bonda? which one suits me? hmmmm..... AMIN....

psstt: dua chenta hati i sekrang.. MISS VIVA MERAH dan jugak MISS VAIO MERAH.. tanpa these two MVM, aku hilang arah... hehehe ;)




ladysarawak@blogspot.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search